Siapa Kami?

KAMI PEMEGANG SAH LESEN PERANCANGAN HARTA PUSAKA DARI SYARIKAT AMANAH PATUH SYARIAH NO.1 MALAYSIA, IAITU WASIYYAH SHOPPE BERHAD
Ikrar Perjuangan Kami Adalah Membantu Umat Islam Berdasarkan Hadis Beriku:

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda:
تعلَّموا الفرائضَ وعلِّموها الناسَ ، تعلَّموا القرآنَ وعلِّموه الناسَ؛ فإِنَّي امرؤٌ مقبوضٌ ، والعلمُ سينقبِضُ ، وتظهرُ الفتنُ ، حتى يختلِفَ اثنانِ في فَريضَةٍ ،لايجدانِ أحدًا يَفْصِلُ بيينَهما 

Yang bermaksud: “Pelajarilah faraid dan ajarkanlah ia kepada manusia, pelajarilah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia, Sesungguhnya aku adalah manusia yang akan digenggam (diwafatkan) dan sesungguhnya ilmu tersebut akan digenggam (dicabut), dan nanti akan timbul fitnah-fitnah, sehingga nanti apabila dua orang berselisih mengenai pembahagian harta pusaka, tidak ada orang yang dapat menyelesaikan antara kedua-duanya.” (Riwayat al-Nasa’ie)

Tulang Belakang Zikrullah Advisory

Ustaz Muhammad Zikrullah Bin Bahrunnizam, Berkelulusan Master In Business Admin, pernah berpengalaman bekerja dalam sebuah syarikat Amanah di Malaysia sebagai Senior Executive Trainer & Business Development East Coast Region.

Berbekalkan belasan tahun dalam kerjaya pentadbiran sanggup melepaskan segala jawatan dimiliki demi sebuah perjuangan dan keperluan umat Islam di Kelantan dan Pantai Timur. Mahir dalam ilmu faraid memberi satu kelebihan terus kuat memperjuangkan ilmu ini.

"Saya tidak takut melepaskan kesenangan dunia yang pernah saya miliki, kerana saya adalah hamba Allah. Saya lebih takut apabila ditanya Allah kelak, apakah sumbangan saya dalam Agama Allah serta Saya nak dekat dengan Baginda Rasulullah atas alasan hadis memperjuangkan ilmu faraid ini"

(Zikrullah,2022)