Wasiat
Langkah Bijak Melindungi Waris Anda

"Wasiat ialah pernyataan rasmi seseorang tentang pembahagian harta kepada bukan waris (maksimum 1/3) dan amanah penting lain seperti penjagaan anak atau urusan harta pusaka selepas kematian."
"Wasiat ialah pernyataan rasmi seseorang tentang pembahagian harta kepada bukan waris (maksimum 1/3) dan amanah penting lain seperti penjagaan anak atau urusan harta pusaka selepas kematian."

🧑⚖️ Wasiat Perlantikan Wasi
Apa Maksudnya?
Wasi ialah individu yang dilantik dalam wasiat untuk menguruskan harta pusaka, melaksanakan arahan dalam wasiat, dan menyelesaikan hal berkaitan si mati.
Kalau pewasiat tak lantik sesiapa, maka waris sendiri perlu lantik dan mohon kepada mahkamah — dan ini selalu menyebabkan kelewatan, konflik dan kekeliruan
✨ Kelebihan Melantik Wasi Dalam Wasiat
1. ✅ Proses Pengurusan Pusaka Jadi Lebih Cepat & Teratur
Wasi yang dilantik akan bertindak serta-merta mengikut wasiat tanpa perlu lantikan mahkamah – menjimatkan masa & kos.
2. 🤝 Pewasiat Boleh Pilih Orang yang Paling Dipercayai
Contohnya:
i. Pasangan
ii. Anak sulung
iii. Rakan karib yang amanah
iv. Institusi amanah Islamik seperti Wasiyyah Shoppe Berhad
3. ⚖️ Wasi Mempunyai Kuasa Sah di Sisi Undang-Undang
Wasi boleh urus pembahagian harta, bayar hutang, keluarkan duit si mati (jika dinyatakan)
Mempunyai tanggungjawab & kuasa rasmi, elak pertikaian antara waris
4. 🛡️ Elakkan Perebutan Kuasa Dalam Keluarga
Bila tiada wasi, selalu timbul pergaduhan siapa yang patut urus harta
Lantikan wasi awal-awal dalam wasiat elak perbalahan waris
5. 📜 Wasi Boleh Bekerjasama Dengan Syarikat Amanah
Contohnya
🟦 Wasiyyah Shoppe Berhad – berpengalaman dan diiktiraf untuk bantu laksanakan wasiat secara profesional & patuh syariah
📌 Siapa Yang Patut Dilantik Sebagai Wasi?
Mesti berumur 18 tahun ke atas
#Seorang Islam
#Berakal dan boleh dipercayai
#Tidak muflis
#Boleh juga lantik lebih dari seorang (contohnya 2 wasi bersama)
