Sebelum anda bermula

Biar lebih jelas.
Biar lebih tenang.

Soalan yang sering ditanya oleh keluarga tentang faraid, pusaka dan perancangan harta.

Asas faraid

Bilakah harta perlu dibahagi?

Sebaik mungkin selepas kematian. Kelewatan boleh menyebabkan kematian berlapis dan menambah bilangan waris yang perlu diambil kira.

Adakah anak angkat mewarisi?

Anak angkat tidak mewarisi melalui faraid kerana tiada hubungan nasab. Ibu bapa angkat boleh merancang melalui hibah atau wasiat, tertakluk pada had dan syaratnya.

Bagaimana jika si mati mempunyai lebih daripada seorang isteri?

Semua isteri berkongsi sama rata bahagian 1/4 atau 1/8 mengikut keadaan keluarga.

Adakah cucu yatim mendapat bahagian?

Cucu boleh terhalang oleh anak lelaki si mati. Sesetengah negeri mempunyai peruntukan wasiat wajibah, jadi kedudukannya perlu disemak mengikut enakmen negeri.

Bolehkah waris bersetuju membahagi secara lain?

Waris yang layak boleh berbincang selepas mengetahui hak masing-masing, seperti melalui takharuj atau muafakat. Kedudukan waris bawah umur perlu diberi perhatian khusus.

Pengurusan pusaka

Saya tidak tahu apa harta yang ditinggalkan. Boleh dibantu?

Boleh. Semakan awal boleh dimulakan berdasarkan maklumat yang tuan/puan ada. Selepas itu, perkara yang masih perlu dikenal pasti akan disusun secara berperingkat.

Apakah dokumen asas yang biasanya diperlukan?

Dokumen bergantung pada jenis kes. Antara dokumen asas ialah sijil kematian, kad pengenalan waris, sijil perkahwinan, geran atau dokumen hartanah, penyata akaun dan bukti pemilikan aset.

Adakah semua waris mesti bersetuju?

Keperluan persetujuan atau kehadiran bergantung pada bentuk permohonan, kaedah pembahagian dan keadaan kes. Kedudukan ini perlu dinilai berdasarkan fakta sebenar.

Berapa lama proses pengurusan pusaka?

Tempohnya bergantung pada kelengkapan dokumen, jenis aset, bilangan waris, tahap kerjasama serta institusi yang mengendalikan permohonan. Anggaran hanya boleh diberikan selepas semakan awal.

Adakah kalkulator ini boleh digunakan di mahkamah?

Tidak. Hasil kalkulator ialah rujukan pendidikan. Sijil atau perintah faraid perlu diperoleh daripada pihak berkuasa yang berkaitan.

Perancangan harta

Saya masih hidup dan hanya mahu merancang harta. Adakah boleh?

Boleh. Perancangan semasa hidup membantu menyusun pemilikan, dokumen dan hasrat supaya keluarga mempunyai panduan yang lebih jelas pada masa hadapan.

Apa beza wasiat dan hibah?

Wasiat berkuat kuasa selepas kematian dan tertakluk pada had satu pertiga kepada bukan waris. Hibah ialah pemberian semasa hidup yang perlu memenuhi rukun dan syaratnya.

Berapakah caj perkhidmatan?

Caj bergantung pada kerumitan kes dan skop bantuan yang diperlukan. Penerangan mengenai skop serta caj akan diberikan sebelum pengurusan diteruskan.

Usah simpan
persoalan seorang diri.

Mari berbincang di WhatsApp